Home

Wednesday, February 04, 2009

Tanda 100 hari sebelum kedatangan ajal…(bhg 1)


Tanda-tanda ini merupakan tanda yang pertama daripada Allah S.W.T kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Setiap muslim akan mendapat tanda ini namun terpulang kepada muslim tersebut sama ada sedar atau tidak sahaja.Tanda ini lazimnya akan berlaku selepas waktu Asar.Seluruh tubuh,dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.Contohnya,tanda ini dapat dilihat pada daging lembu yang baru disembelih.Jika diamati,daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa ajal menghampiri,maka tanda tersebut akan hilang serta merta.Bagi mereka yang tiada kesedaran tanda tersebut akan berlalu begitu sahaja tanpa terkesan di hati mereka.Manakala bagi yang menyedarinya, tanda sebegini akan memberi peluang terbaik kepada mereka untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kedatangan tetamu yang tidak diundang tersebut dan mempercukupkan amalan hari sesudah mati..

bersambung…


(Tanda 40 hari sebelum ajal)

No comments: