Home

Saturday, September 20, 2008

kapel_Couple_kapel_couple

couple tu
haram coz ia mendekati
zina. Dalam al-quran Allah
ade kate La taqrabu
zina
(jangan kamu mendekati
zina)
perkataan
La(jgn/tidak) dlm al-quran
menunjukkan ayat ini ayat
perintah so, dikira
haram..lagipun rasullullah
ade bersabda "Mta boleh
berzina dgn melihat, kaki
boleh berzina dgn pergi ke
tempat maksiat .tangan
bileh berzina dgn
memegang,tetapi hati boleh
berzina dgn merindui"so,
ana nasihatkan anti
salurkan rase cinta anti
pada Allah lagipun setiap
tubuh badan kite adelah
pinjaman daripada
Allah....

Destinasi Cinta_Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku
Ya Allah

Monday, September 15, 2008

Kesalahan dalam berpakaian bagi WANITA Islam...


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.




dipetik dari zaharuddin.net

Sraku

ni la bekas ustaz dan ustazah sy masa sy sk kt sek. ren agama kasyiful ulum, bdr br seri ptaling kl.
byk knangan sy kt sk nih.mmg xbleh lupa.guru2 kt sini byk mngajar sy smpai sy berjaya..
ustazah yg plg sy syg ustzh ain..dia byk bg sy smangat n nasihat supaya ....................
xlupa gak kt ustazah syidah.ustzh ni sporting..tu yg best tuh.dia ske crita mcm2 kt sy.
tima kaseh yg x thingga kpd sume guru2 sraku..jasamu diknang



Jasa guruku tak terhingga
Aku tidak melupakannya
Banyakku dapat ilmu dari padanya
Jasanya ku kenang sampai bila-bila

Guruku mengenalkan ku pada Tuhanku
Rasul dan wali juga diberitakan
Para malaikat dan juga akhirat
Segala suratan Allah yang menentukan

Guruku mengajar berakhlak mulia
Berkasih sayang sesama manusia
Bertolong bantu dan juga bersatu
Berkorban berkhidmat menabur jasa

Guruku menanamkan cinta akhirat
Menyedarkan aku dunia sementara
Jangan lalai jangan terpesona
Bertaqwa sebagai bekalan ke sana

Aku berdoa kepada Tuhanku
Agar dosa guruku di ampunkan
Jasanya padaku diberi pahala
Di akhirat darjat guruku ditinggikan

knangan kt sraku mmg xleh nk lupa.aku msh ingt pd juwairiyah.wlaupon aku ske buli dia(name je pen ketua pngwas tp buli org) tp mmg klaka la wktu tuh.bkn aku sorng ja yg bulu dia fatin ngan syaura pon sama...haha.klaka2.si juwairiyah ni mndpt gelaran terhormat drpd kalangan kwn2 dia iaitu jawa..aku kesian gak kt dia.wlaupon aku buli dia tp dia ttp kwn ngan aku.aku bkn buli bertumbuk ka,mntak duit ka.aku buli suruh dia pi bli mknan kt kntin ka,amik barang ka.
yg lawaknya adik aku pon tkt ngan dia....aku pon x tau pasai apa...apa2 pon tima kaseh jawa sbb ceriakan aku wktu sk rendh dulu....

Sunday, September 14, 2008

mestica


Seperti In-Team dan UNIC, Mestica merupakan sebuah lagi kumpulan nasyid yang mendapati perhatian di kalangan peminat remaja. Pada peringkat awal penubuhannya kumpulan ini pernah menggunakan nama “Ideal” dan “Mestika”. Namun selepas menjalani ujibakat dan diterima menjadi anggota keluarga terbaru Hijjaz Music Entertainment nama kumpulan ini ditukar kepada nama “Mestica”.

Ditubuhkan pada Mei 2002, Mestica dianggotai oleh 4 orang mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kumpulan ini merupakan gabungan ahli-ahli daripada 3 kumpulan nasyid yang pernah bergiat aktif di kampus UiTM Shah Alam sekitar tahun 2000 hingga 2002 iaitu IS-ONE, As-Syiffa’ dan Al-Wahdah. Selepas pembubaran kumpulan-kumpuan tersebut, Khairul telah mengambil inisatif untuk mengumpulkan kembali bekas ahli kumpulan-kumpulan tersebut bagi meneruskan kesinambungan irama nasyid di UiTM. Maka dengan itu tertubuhlah kumpulan Mestica (Mestika) yangmembawa maksud 'sesuatu yang berharga' dan pada masa yang sama membawa bersamanya sedikit unsur kemelayuan. Anggota kumpulan Mestica ialah Shaiful (ex As Syiffa’), Khairul (ex As-Syiffa’), Razin (ex IS-ONE), Khalil (ex Al-Wahdah).

Di dalam album sulung 'Sendu Sendawa' yang juga merupakan album pengenalan kepada kumpulan nasyid baru ini, Mestica mengikuti jejak langkah UNIC dengan mengenengahkan irama nayid moden. Sementara UNIC memfokuskan kepada irama pop moden, Mestica cuba memperkenalkan muzik tradisonal dan reggae. Lagu Sendu Sendawa merupakan contoh terbaik irama yang cuba dipelopori oleh aliran muzik Mestica. Ia mempunyai semangat nusantara yang banyak membezakan Mestica dengan kumpulan nasyid yang lain.

Mestica cuba memberi kelainan kepada irama nasyid yang sedia ada dengan mengetengahkan konsep muzik nusantara (pop etnik) melalui melodi lagu yang dibawa mahupun peralatan muzik yang digunakan. Mereka membawa pembaharuan dengan tampil bersama genre pop etnik. Konsep itu dipilih memandangkan genre berkenaan belum diterokai mana-mana kumpulan nasyid sebelum ini.

Lagu Yang Abadi pula mempunyai sentuhan muzik tradisional cina sementara lagu Inayah dimasukkan elemen reggae ke dalamnya.Eksperimen paling unik semestinya dari lagu Arus Ini yang bermula dengan muzik wayang kulit! Ternyata ia berhasil kerana sememangnya ahli-ahli Mestica dapat menghayatinya dengan baik sekali. Mereka mempunyai vokal yang mantap dan harmoni walaupun masih baru dalam bidang seni. Lagu-lagu lain yang terdapat dalam album mereka ialah Destina Cinta, Egois, Kembali Gemilang dan Kemarau Di Hati.