Home

Wednesday, July 29, 2009

Apa kata Korang??

Salam...Sorilah lama tak post n3 baru 4 Kemarau Hati.Sekarang ngah ujian so tak leh nak pikir. Dok pikir ujian je. Tapi dok online gak. Hampeh! hehe. Rasanya nak wat cite barula. Jalan cite dah ade tp tajuk tak tau nak letak pe.Nama watak pon blom pikir lg. Mungkin lepas ujian bleh start tulis kot. Tengokla keadaan. Ape kata korang??

8hb ni nak pgi Forum' Monyetnya Cinta Kita'. Ajak kawan tapi sume xleh. Sedih.. Takot nak pi sorg2. Tak biasa keluar sorg2. Mesti kena ada org teman. Tak pegi rugi plak. rm3 je kena bayar. 

Erm..pe lagi ek?? Ntahla.. Okla sampai sini je. tq kpd sape2 yg bc Kemarau Hati. Mungkin nak bagi penghargaan kpd pmbc. Ada hadiah istimewa. InsyaAllah..Khas buat anda.hehe

Friday, July 17, 2009

Cerpen: Warkah Buat Walid

Assalamualaikum w.b.t

Walid,
kakak tak tahu nak mula dari mana.
Tapi mula-mula sekali kakak nak mintak maaf.
Kakak dah banyak sakitkan hati walid.
Walid maafkan kakak ya..?
Ampunkan kakak ya..?

Kakak tahu,kakak banyak dosa kat walid.Kakak dah banyak menyusahkan walid.Tapi walid sabar je dengan perangai kakak.Kakak nak apa-apa mesti walid belikan.Kakak selalu buat muka atau memberontak kalau walid tak penuhi permintaan kakak.
Entah apa-apakan, walid?

Kakak masih ingat waktu kakak darjah enam.Kawan-kawan kakak semua dah ada handphone.
Kakak pun nak jugak.Kakak mintak walid.Walid diam je.Kakak tahu walid takde duit.
Berapa sangatlah duit yang walid dapat..Setakat meniaga laksa dekat pasar malam..
Kakak faham tapi hati kakak keras.Tetap nak jugak handphone.

Walid bagi handphone walid dekat kakak.Handphone Nokia, takde kamera,tak boleh masukkan lagu.Kakak geram...Terus campak handphone tu.Handphone tu pecah.
Walid kutip serpihan handphone tu.Mata walid merah.Macam nak nangis.
Tulah kali pertama kakak tengok walid macam nak nangis.Kakak buat tak tahu je.
Lepas tu kakak terus masuk bilik.Kakak hempas pintu kuat-kuat.
Kakak menangis dalam bilik.Bukan sebab rasa bersalah tapi sebab tak dapat apa yang kakak nak.

Malam tu, walid ketuk pintu.Ajak makan.Kakak jerit kat walid."Orang taknaklah!"Walid pujuk jugak.Walid kata walid dah beli handphone baru.Kakak tak percaya.Kakak bukak pintu.Walid tak tipu. Walid belikan!Kakak terus capai handphone tu.Pastu terus tutup pintu.Terima kasih kat walid pun kakak tak cakap.Kakak suka sangat waktu tu.Handphone tu ada kamera.Best!

Walid ajak makan tapi kakak buat tak tau je. Kakak dengar lagu dari handphone baru.Walid ajak solat pun kakak tak nak.Kakak kunci pintu bilik.Pukul 11.30 kakak keluar bilik. Kakak lapar. Kakak nampak walid tengah baca Yaasin. Mungkin untuk arwah ummi. Kakak terus pergi dapur.Kakak bukak tudung saji. Nasi putih dengan telur goreng je? Kakak marah walid sebab tak beli ayam.Walid berhenti baca Yaasin.Tunggu kakak habis marah.Lepas tu walid teruskan baca.Kakak duduk pastu makan jugak sebab lapar sangat. Lepas baca Yaasin, walid duduk sebelah kakak.Walid senyum bila tengok kakak makan.Kakak renung tajam mata walid. Huh!

Walid,
Walid ingat lagi tak waktu kakak dapat hadiah kat sekolah.Kakak tak kasi walid datang. Kakak suruh walid duduk rumah je. Sebab kakak malu. Kakak malu ada bapa macam walid. Miskin. Pakai baju buruk. Tapi walid datang juga. Nak tengok kakak naik pentas ambik hadiah. Lepas turun pentas je kakak marah walid. Kakak merajuk dengan walid. Lepas tu walid janji takkan datang lagi. Kakak ingatkan walid mungkir janji. Rupanya tak.Memang walid tak pernah datang bila kakak dapat hadiah. Kakak tak sedih pu sebab itulah yang kakak nak.

Walid belanja kakak KFC masa lepas ambik hadiah. Kakak makan banyak sangat. Sampai walid punya ayam pun kakak nak jugak. Walid sempat makan secubit je.Yang lain walid bagi kakak.Kakak puas sangat dapat makan KFC.Walid tersenyum je. Walaupun walid dapat sikit je ayam KFC tapi walid lebih gembira daripada orang yang dapat makan 10 ketul ayam KFC. Mungkin inilah cara walid menghargai kakak.

Walid,kakak ingat lagi waktu form 3. Kakak dapat asrama dekat Perak. Mula-mula kakak ok.Dah masuk hari yang kedua kakak menangis nak balik rumah.Kakak selalu telefon walid. Walid tengah berniaga pun kakak telefon jugak.Kakak paksa walid ambik kakak kat sekolah.Walid susah hati.Mase tu pukul 11 malam. Walid pergi stesen bas ambil tiket terus pergi Perak.Yelah. Kita mana ada kenderaan selain motor lama walid je.Perjalanan ambil masa 4 jam. Walid sampai dalam pukul 4 pagi. Walid cari rumah tumpangan.Kita takde saudara-mara kat Perak. Nak tidur hotel walid takde duit.

Esoknya, pagi-pagi walid dah datang sekolah kakak. Walid pujuk kakak supaya tinggal kat sini.Tapi kakak tak nak. Kakak nangis-nangis. Walid bincang dengan pengetua. Pengetua kata dia tak tahu nak buat macam mana lagi. Walid buntu.Akihinya kakak pindah sekolah.Sekolah yang dekat dengan rumah. Walid penuhi permintaan kakak sekali lagi.

Masuk je form 5 kakak couple dengan Kamal.Kakak selalu keluar malam-malam dengan dia.Masa tu memang kakak dah malas belajar. Kamal anak orang kaya. Dia selalu belikan kakak baju mahal-mahal, belanja makan, selalu pergi tengok wayang.Bila walid suruh putuskan hubungan kakak tak nak. Kakak akan bandingkan apa yang Kamal Bagi dengan apa yang ayah bagi.Dari segi material dan kasih sayang. Bila kakak cakap macam tu walid akan masuk bilik. Kakak tak tahu walid buat apa.Keluar je bilik mesti mata walid merah. Dari situ kakak tahu walid sebenarnya menangis. Menangis lagi sebab kebiadaban kakak.

Dua bulan lepas tu kakak putus dengan Kamal. Kitorang gaduh.Kakak sayang sangat kat Kamal.SPM kakak banyak yang gagal. Walid kecewa dengan keputusan kakak.Lepas SPM kakak kerja.Walid larang sebab kerja kat pasar raya jual arak. Kakak tak kisah.Bila kakak dapat gaji je kakak bagi walid RM50.Walid tak nak. Walid cakap baik-baik dengan kakak tapi kakak tengking balik walid.Walid diam je tapi walid tetap dengan pendirian walid.Tak nak terima duit tu.Kakak ambik duit tu belanja kawan-kawan.
Memang kakak tak fikir langsung nak simpan.

Masa kakak kerja kakak kenal dengan Haris. Kitorang kenal sebab dompet Haris tercicir dekat pasar raya tempat kakak kerja.Dia kata dia terhutang budi. Dia ajak kakak keluar sebagai tanda nak balas jasa.Kakak tak fikir panjang. Kakak terus terima je pelawaan dia tu. Dia macam Kamal jugak. Poket tebal. Kami semakin akrab. Kadang-kadang dia hantar kakak balik rumah lepas habis kerja. Tapi tak balik rumah dulu. Kami mesti pergi jalan-jalan dulu. Tapi kami tak buat benda tak elok. Pastu walid nak marah-marah kakak. Kakak buat tak tahu dengan kata-kata walid.

Kakak buat keputusan tak nak sambung belajar. Walid minta kakak sambung belajar jugak. Walid macam merayu kat kakak. Kakak tak suka walid paksa-paksa kakak. Kakak mula mengadu kat Haris. Dia kata tak payah belajar pu takpa, dia kan ada. Kawin je dengan dia.Dia akan tanggung semua. Hati kakak mula berbunga. Tapi hati walid hancur berkecai. Kakak dah buat satu keputusan yang salah dan terburu-buru. Walid halang bila kakak cakap nak kawin dengan Haris.

Kakak dengan Haris kawin lari. Kami hidup bahagia. Lepas dua bulan, Haris tak balik rumah.Kakak mula gelabah. Kakak tanya kawan-kawan dia.Diorang cakap Haris ada simpan perempuan lain. Kakak mula naik angin. Dulu dia kata nak sehidup semati. Sekarang?? Kakak cari dia. Rupa-rupanya dia memang ada hubungan dengan kawan baik kakak sendiri.Kakak rasa macam dunia ni gelap.Takde cahaya. Dan pada masa yang sama kakak dapat tahu yang kakak akan jadi ibu. Tapi kakak rasa macam takde guna lagi. Kakak pergi jumpa dan tanya baik-baik dekat kawan baik kakak tu. Tapi dia bagitau Haris yang kakak serang dia.

Haris balik rumah malam tu. Dia pukul kakak, walid! Dia pukul kakak! Walid pun tak pukul kakak. Dia kurung kakak dalam banglo dia dan suruh orang suruhan dia jaga kakak. Dia tahu kakak mengandung tapi dia buat tak tahu je.Kakak menderita duduk dalam banglo tu. Kakak rindukan walid. Kakak nak walid! Kakak nak walid!
Kakak memang tak jumpa walid langsung lepas kami kawin. Walid, maafkan kakak ya. Kakak rasa berdosa sangat.

Walid, walid tahu tak? Haris sebenarnya menyeludup dadah. Betul cakap walid. Dia bukan orang baik-baik. Kakak bodoh kan pilih dia? Lepas kakak bersalin dia masuk penjara. Kakak pun tak pasti bila dia akan keluar.Kakak tertekan sangat. Masa tu hanya satu dalam fikiran kakak. Walid! Mana walid? Kakak dapat maklumat yang walid buka restoran. Tahniah walid. Kakak terharu sangat tengok walid dah berjaya.

Walid, walid ada cucu tau. Nama dia Balqis. Sedapkan? Mestilah. Itu kan nama arwah ummi. Walid... Kakak mintak ampun walid. Halalkan makan minum kakak ya. Walid, kakak sayang walid. Sayang sangat-sangat......Walid tolong jaga Balqis ya. Kesian dia. Kakak harap walid tak cari kakak. Kakak malu nak jumpa walid. Hanya surat ni sahaja yang mampu kakak berikan sebagai ganti diri kakak. Wassalam..


Anakmu
Farah Natasya.

************************

Walid mengelap air mata yang gugur. 'Kakak,kakak kat mana? Walid rindukan kakak.'Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 3 tahun mendekati walid. "Atuk, nape atuk nangis? Tak encemlah atok," walid hanya tersenyum. "Atuk, cakap nak engok cite Geng Upin Ipin. Jom la atuk," si kecil itu merengek pada walid. "Yelah. Jom. Tapi Balqis janji dengan atuk tak nak nakal-nakal tau," sebuah ciuman dihadiahkan di pipi walid. "Tu Balqis dah sayang atuk. Tak nakallah tu," walid menggeletek cucu kesayangannya. Balqis ketawa mengekek-ngekek.

"Assalamualaikum walid," satu suara menyapa. Walid dan Balqis mengalih pandangan ke belakang.Seorang wanita berbaju kurung bertudung litup berdiri tegak memerhatikan mereka.

"Kakak....,"


-TAMAT-