Home

Wednesday, February 06, 2013

Isu ni Agak Sensitif...

Assalamualaikum w.b.t.  

Baru-baru ni saya ada menonton satu video ni. Tapi saya tak tonton hingga akhir kerana tak sanggup nak melihat gelagat mereka yang ada dalam video tersebut. Sangat menjengkelkan. Saya pasti ramai di antara kita sudah menonton video politik yang dikaitkan dengan pelawak-pelawak Malaysia iaitu kumpulan BOBOI.

Hah!

Sudah saya katakan. Ini isu sensitif, apabila melibatkan politik. Hm..

Bukan soal politik yang ingin saya sentuh tapi soal akhlak. Ya, soal akhlak. Saya bukanlah orang yang layak untuk berbicara soal ini. Tapi tidak salah untuk saling mengingatkan. Apa yang telah dilakukan dalam video tersebut amat menyedihkan saya. Saat Tuk Guru dijadikan kuda tunggangan (biarpun hanya diedit) saya jadi amat kecewa. Seseorang yang punya ilmu agama yang tinggi diperlakukan begitu. Saya terus saja berhenti menonton video tersebut. Andai Rasulullah masih di sini pasti Baginda amat sedih dan terkilan melihat akhlak umatnya kini.

Ada satu lagi perkara iaitu respon atau komen yang diberikan oleh masyarakat. Masyarakat yang memberikan komen pun tidak kurang hebatnya. Bahasa yang digunakan amatlah 'indah'. Sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menjaga tutur kata kita sama ada sesama Islam atau tidak. Bagaimana orang bukan Islam mahu tertarik dengan agama Islam andai penganutnya yang berakhlak buruk? Masyarakat bukan Islam akan memandang serong terhadap kita.

Fikiran saya terus sahaja ke video yang pernah saya tonton sebelum ini. Sangat berhikmah cara yang digunakan untuk menarik minat rakyat. Tiada kata-kata kasar yang digunakan. Bagi saya kaedah ini lebih dekat dengan pendekatan Islam yang cintakan kesopanan dalam apa jua perkara. 

Apabila saya membuat perbandingan terhadap dua video tersebut, saya dapat melihat tahap intelektual yang berbeza antara mereka ini. Tak percaya? Tonton video di bawah, kemudian buatlah perbandingan antara keduanya....


Oley 2 Episod 1
Pilihan di tangan anda!

1 comment: