Home

Friday, December 07, 2012

Apa Nak Buat Lepas SPM?

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya blog ni dibiarkan bersawang tanpa post baru. Saya bukanlah sengaja tapi ingin tumpukan sepenuh perhatian kepada SPM tahun ni. Alhamdulillah semua paper dah tamat pada 5 Disember yang lepas. Memang rasa lega sangat lepas lebih kurang 11 bulan bergelumang dengan buku, exam, kelas tambahan, program motivasi dan lain-lain. 

Pasti ramai di antara sahabat-sahabat yang merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan selepas SPM ini. Malah ada yang merancang sebelum menduduki peperiksaan SPM lagi. Semua sahabat pasti teruja untuk meneruskan perancangan masing-masing.

Namun kita seharusnya ingat. Apakah perancangan kita itu Allah redha? Perkara ini harus dititikberatkan. Redha Allah adalah perkara yang seharusnya menjadi prioriti kita sebagai seorang muslim dan mukmin bukanlah kehendak nafsu kita.


Duduk sejenak dan muhasabah sebentar. Tanya kepada diri sendiri,  apakah yang kita rancangkan itu membawa kita ke syurga atau neraka? Adakah Allah, ibu bapa, guru-guru serta masyarakat sekeliling senang melihat perlakuan kita itu?

Sahabat sekalian,

Kita harus ingat, dosa-dosa kita itu mungkin akan Allah balas melalui keputusan SPM kita. Mahukah kita ibu bapa kita menangis kecewa sebaik mengetahui keputusan peperiksaan kita? Sanggupkah kita berhadapan dengan sahabat-sahabat kita yang mendapat keputusan yang lebih baik berbanding kita?

Oleh itu, jika ingin yang terbaik buatlah yang terbaik. Bukan lagi di atas kertas jawapan tapi melalui amalan seharian. 

Apa yang boleh dibuat?

  • Jaga solat fardhu. The most important thing!
  • Buat jugak amalan-amalan sunat (yang kita buat sebelum dan semasa exam. Kuatkan hati dan terus istiqamah.)
  • Doakan supaya pemeriksa yang menanda kertas peperiksaan kita supaya dilembutkan hati dan tenang semasa menanda.
  • Jaga hubungan dengan Allah dan manusia.
  • Hadiri majlis-majlis ilmu
Sebenarnya banyak lagi perkara yang baik untuk dibuat. Semuanya di tangan kita sama ada untuk memilih jalan kiri atau kanan.


Orang yang memperkecilkan sesuatu dosa dengan mentaliti "Ala, chill la bro!" kena diperingatkan tentang azab neraka. Peringatkan dia bahawa takda apa yang "chill" tentang neraka tu, semuanya hot. 

Sepatutnya kita hot di sini, dan chill di sana. 

Fokus kita bukan kepada besar kecil dosa itu, tetapi betapa besar dan agungnya Tuhan yang kita ingkari. 

p/s: kadang-kadang perlu juga sedikit tough love.

Bro Aiman Azlan

Wallahualam...

No comments: