Home

Sunday, July 11, 2010

Israk Makraj & KRU 10

Salam..
Di sini ingin saya kongsikan iklan mengenai solat sempena Israk Mikraj.
Semoga kita mendapat manfaat dan terus memperbaiki solat kita supaya diterima oleh Allah.








KRU 10







Dikesempatan ini, Saya ingin berterima kasih kepada semua guru-guru, fasilitator yang telah bertungkus lumus menganjurkan KRU 10 (Kem Remaja Unggul).
Semoga kalian mendapat redha Allah.

Harapan kalian untuk melahirkan insan yang bisa mengamalkan ibadah harian khusunya solat diharap tercapai.
Melalui KRU 10, saya lihat terdapat beberapa perubahan positif dalam diri ini.
Bukanlah untuk membangga diri cuma ingin berkongsi dengan semua.
Sewaktu Cikgu Ina mengkhabarkan mengenai KRU 10, saya amat teruja untuk menyertainya. Setelah 3 tahun tidak menyertai sebarang kem yang berunsur kerohanian membuatkan hati saya dahaga.
Dahaga dengan sesuatu program yang mendekatkan diri denganNya. Namun, ada juga pelajar yang memberi respon yang negatif terhadap KRU 10.

"Malaslah."

"Cikgu-cikgu seakan memaksa kita,"

"Kalau tak pergi tak boleh ke."

"Alah...Tak leh tengok bola."

"Susahlah duduk asrama. Nanti tak biasa."

Ya Allah... Apabila saya mendengar rungutan demi rungutan, hati saya amat hiba. Mengapa mereka tidak bersyukur KRU 10 diadakan? Ramai yang hadir secara terpaksa. Saya hanya berdoa supaya mereka nampak apa yang mahu Allah berikan. Salah seorang rakan saya juga merungut kerana hari pertama di KRU 10 dia datang bulan. Bukan tujuan saya untuk memalukannya tetapi mahu memberi pengajaran kepada anda semua. Kami hampir bertelagah. Namun saya menasihatinya.

"Allah akan permudahkan. Awak kena yakin je. Awak betulkan niat awak. Ya Allah, aku pergi KRU 10 ni keranaMu,"

"Awak tak faham. 1st day susah nanti. Kem mestilah program banyak. Susah,"

"Awak, yakinlah dengan Allah. Kalau awak betul-betul nak pergi Allah akan tolong. Mungkin Allah akan kurangkan period awak ke.. Allah delaykan ke... Kita mana tahukan.."

"Hmmm..Oklah. Petang ni saya nak ajak mak saya pergi beli barang,"

Alhamdulillah..... :)

Jumaat 2 Julai 2010

Hari pertama tidak banyak program yang dijalankan. Pelajar perempuan tinggal di asrama dan lelaki tinggal di surau. Dorm saya kesemuanya pelajar Form 3. Malam itu saya tidak bisa tidur disebabkan terlalu bising. Semua sahabat-sahabat saya excited kerana dapat tidur bersama yang lain. Malahan ini kali pertama dapat menginap di asrama. Beberapa kumpulan telah dibentuk. Saya berada di kumpulan 9(Wardah Syaukah) dan diamanahkan menjadi ketua kumpulan.


Ahli Kumpulan 9 (Wardah Syaukah):

  1. Fazira
  2. Aishah
  3. Intan
  4. Wani
  5. Kak Feeza
  6. Kak Raihan
  7. Saya

Sabtu 3 Julai 2010

Pukul 4 pagi saya dan kawan-kawan yang lain bangun untuk qiamullail. Doa yang dibacakan Ustaz Fairuz telah membuatkan para peserta menitiskan air mata keinsafan. Kemudian tazkirah oleh Ust Fairuz yang menceritakan mengenai remaja Palestin. Air mata saya tumpah. Terkenang diri yang tidak bersyukur dengan kehidupan yang aman ini.


Sahabat yang merungut mengenai periodnya berkata:

" 'Atiya awak betul. Allah dah permudahkan urusan saya."

Saya senyum padanya. "Itulah..Apa-apa pun awak kena yakin.

Alhamdulillah... Keyakinan saya terhadap Allah juga bertambah kuat.

Selepas Isyak, Ust Izat telah menyampai ceramah iaitu 'Dari Kekasih Untuk Kekasih'. Bermaksud dari Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya (SOLAT).
Banyak perkara yang dibincangkan mengenai solat. Selama ini banyak kesalahan yang telah saya lakukan ketika solat. Alhamdulillah. Saya telah cuba memperbaikinya.

Para perserta juga dikejutkan dengan kehadiran fasi. Kami tidak tahu menahu mengenai
kehadiran fasi dari UM, UIA dll.Kak Huda telah memilih kumpulan saya. Dia baik sangat. Walaupun waktu bersamanya singkat namun kami tetap menghargainya. SYUKRAN KAK HUDA!!
Malamnya, terdapat sesi muhasabah diri. Kata Ust Fairuz, sekolah telah banjir dengan air mata. Nasyid Cinta Agung & Asma ulhusna ESQ lebih membuatkan para peserta teresak-esak mengenangkan dosa silam.

Ahad 4 Julai 2010

Explorace! Best! Walaupun tidak menang namun saya amat gembira. Saya juga belajar cara mengambil wuduk menggunakan 2 botol air mineral dan berkongsi 7 orang tetapi airnya masih berbaki. Maksudnya, kita sangat membazir apabila berwuduk selama ini. Kita akan buka air paip sekuat-kuatnya. Jadi selepas ini buka perlahan sahaja supaya tidak membazir ya.

Kemudian kursus pengurusan jenazah oleh Ustzh Hasidah. Memang peserta excited nak belajar. Semua mengerumuni Ustzh Hasidah. Kami didedahkan dari mayat baru meninggal dunia sehingga dikafankan.

Penutup....

Penyampaian hadiah. Remaja Terunggul Muslimah : Kak Aminah Ong. Tahniah akak.. Yang Lelaki tak ingat namanya. Kemudian sampai masa yang ditunggu-tunggu semua. Kumpulan Paling Terunggul akan diumumkan. Saya memang tak harap apa-apa pada masa itu.

"Dan kumpulan Paling Terunggul...."

"Kumpulan 9!"

Subhanallah. Saya terkejut sangat. Betul ke?? Saya tanya Fazira. "Kumpulan kita ke??"
Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat. Kami semua tak sangka langsung. kami sedih jugak sebab tak dapat berkongsi kegembiraan dengan Kak Huda. Kami titipkan surat buatnya. Terima kasih juga saya ucapkan kpd semua kump 9. Kerjasama korang sgt2 dihargai..

Masa majlis dah tamat semua orang bergambar. Dengan fasi..dengan ust n ustzh... Saya jumpa semua fasi, ust n ustzh... Salam n ucap TQ.. Saya menangis. Syukur, sedih, gembira... Ya Allah terima kasih.

Minggu berikutnya...

"Boleh tak rewind balik masa KRU 10 hari tu."

"Bestnye KRU 10.."

"Siapa tak pergi hari tu memang rugi sangat"

Suara-suara ini boleh didengar pada minggu tersebut. Ya Allah.. Saya bersyukur sangat sebab Sahabat-sahabat memberikan komen yg positif terhadap KRU 10. Tak ada lagi rungutan. Tak ada lagi kritikan.

"Ust, buatla lagi,"

"Ustzh, bila nak buat KRU 11??"

KRU 10 Satu Tranformasi

Seorang sahabat saya betul-betul mahu berubah setelah menyertai KRu 10. Dia ingin menjadi seorang muslimah yang Unggul. Alhamdulillah.

"Atiya, ada buku untuk dekatkan diri kita dengan Allah tak?? Nak pinjam.."

"Atiya, saya nak pakai tudung depan sepupu saya. Tapi nanti saudara mara lain akan tanya ini..tanya itu. Macam mana ni?"

Saya amat bersyukur dengan perubahan ini. Saya menasihatinya supaya lebih kuat. Selagi kita nak berubah selagi itulah Allah akan menguji iman kita.

Buat Sahabat....
Allah sering mengingatkan kita dengan 'melontarkan' batu-batu kecil. Tetapi jika peringatan itu diabaikan, Allah mula 'melontarkan' dengan batu-batu besar. Oleh itu jangan tunggu dihempap gunung untuk kita mula berubah.

Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada sahabatku untuk melangkah ke arah yang lebih baik.Semoga Allah merahmatimu Nadiah....Amin..

Sekadar perkongsian

Semoga Allah redha dengan kita semua. Tulisan ini sekadar luahan rasa seorang hambaNya. Andai ada salah silap saya mohon maaf. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu kelemahan saya sendiri...

Wassalam...