Home

Sunday, April 03, 2011

Novel?

Salam semua! Sihat?

Untuk pengetahuan semua PESTA BUKU ANTARABANGSA 2011 bakal berlangsung pada 22 April - 1 Mei. Mungkin ada yang dah sedia maklum atau sebaliknya. Tak sabar-sabar rasanya. Booth favourite semestinya Galeri Ilmu Sdn Bhd. Korang plak?

Sebagai seorang penggemar novel, mestilah nk beli novel kan.. So, ingat nak beli novel Hero (Hilal Asyraf). Dah baca sikit kat langitilahi. Tak puas rasanya kalau tak baca habis.




Saya lebih suka baca novel islamik. Pada pendapat saya, novel cinta bukannya tak bagus untuk dibaca. Selain mendapat kepuasan, pembaca jugak dapat belajar serba sedikit ilmu yang cuba penulis sampaikan. Tapi...Ada tapinya, novel cinta pada saya amat melalaikan. Membuatkan saya terbang tinggi nun jauh di langit biru bersama camar-camar. Huhuh.... Tengok dah tinggi terbangnya.

Novel cinta banyak menceritakan kisah cinta yang pada saya tidak sesuai dibaca oleh remaja seperti saya. Saya pernah terbaca novel yang mengandungi adegan-adegan yang kurang enak untuk dibaca. Kadang2 sampai ..........................Faham-faham jelah ye. Tak perlulah saya teruskan lagi.

Sebab itulah saya mengambil keputusan untuk membaca novel berunsurkan Islam. Lebih mendidik. Bermanfaat. Penuh nilai murni dan banyak lagi. Kalau kita baca pon dapat pahala. Tambahan pula kalau kita amalkan apa yang penulis sampaikan lagilah berganda-ganda pahala yang kita dapat. Novel Islamik ada juga unsur cinta sesama manusia tapi cinta Allah tetap no 1. (siapa setuju angkat tangan tinggi2!) :)

Novel Islamik juga sesuai dibaca oleh semua peringkat umur. So, kalau mak beli novel Islamik ni bolehlah pas kepada anak-anak untuk dibaca. Sebagai penggemar novel, saya memang tabik kepada Hilal Asyraf sebab novel- novel karyanya mampu menyentuh jiwa saya. Sangat-sangat mendidik. Memang tak rugi kalau baca. Proses tarbiah yang ditonjolkan melalui mata pena amat berkesan kepada saya.

Dekat sekolah kawan-kawan saya kurang meminati novel Islamik.Kenapa ya? Soalan ini saya tujukan juga buat penggemar novel di luar sana. Kadang-kadang saya tertanya-tanya. Jadi tolong jelaskan pada saya.... TQ

Sampai di sini saja..
Wassalam.. :)

4 comments:

F. A said...

owh...
sys x dpt g kot BFKL 2011 nieyh...
yup...
sys akui...
tp akak cukup suka dgn novel Hlovate...
sbb superb...islamic gak...
cuba tiya try bc k...

Nurul 'Atiya said...

Hlovate?
ramai org ckp best...
insya-Allah sy try bc..
:)

nur said...

wasalam..alhamdulilah..sehat2
yup!
betul2..xsabar2 nk tunggu PBAKL
tu..
xsabar nk jumpe dgn HERO
;p
hehe..
emm..pasal student skarang yg kurang nk bace novel islamik ni, sbb mereka blum cukup didedahkan tentang indahnya islamik novel berbanding novel2 cinta biasa.
plus minda mereka belum cukup terbuka untuk menerima jalan cerita yang berdasarkan konsep islam.
tahniah kpd atiya sbb sudah minat baca novel2 islamik sjak remaja lagi
;)

al hijrah said...

teruskan 'atiya.... saya sokong sepenuhnya... moga awak dapat terbitken novel yang mampu mendidik hati2 Islam...