Home

Sunday, October 25, 2009

InsaN BeRdOSa daN ImaN

Iman: Hai manusia, apa yang telah kau lakukan?

Manusia_LemaH: Hmm...

Iman: Mengapa kau lakukan perkara itu?

Manusia_LemaH: Aku pun tidak mengetahuinya.

Iman: Bukan kerana 'dia'??

Manusia_LemaH: Erm..Aku.....

Iman: Mengapa?

Manusia_LemaH: Aku lemah! Terlalu mengikut perasaan ketika itu. Aku lalai. Tapi..mengapa kau tidak mencegahku??

Iman: Aku tak mencegahmu?? Sudah berkali-kali aku menasihatimu!

Manusia_LemaH: Hah? Mengapa aku tidak bisa mendengar suaramu?

Iman: Hatimu telah diselubungi dosa. Kau sudah buta dengan dosa pahala. Syurga neraka. Balasan tuhanmu terhadap maksiat yang telah kau buat.

Manusia_LemaH: Aku menyesal. Maafkanlah aku..

Iman: Jangan mohon ampun kepadaku. Tetapi mohonlah keampunan kepada tuhanmu, tuhanku juga tuhan sekelian alam yakni Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Manusia_LemaH:" Ya Allah, ampunilah aku. Berikanlah aku kekuatan agar tidak mudah alpa.Ya Allah, aku malu kepadaMu, ibu bapaku, keluargaku juga pada 'dia'. Ya Allah jauhilah aku dari zina hati. "
Wahai Iman,bagaimana pula dengan perasaanku terhadap 'dia'?


Iman: Kau harus buangkan perasaan itu sejauh yang mungkin..

Manusia_LemaH: Telah ku cuba namun gagal. Berkali-kali aku melawan perasaan itu tetapi ia tetap hadir. Kadang-kadang, cubaanku berakhir dengan tangisan kekalahan. Kau bantulah aku.

Iman:Kau mohonlah kepada Allah agar aku sentiasa dalam dirimu. Agar kau tidak terus hanyut. Dekatkanlah dirimu dengan Allah. InsyaAllah kau bakal menemui CINTA YANG TERAGUNG dalam hidupmu.

Manusia_Lemah: Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan Iman kepadaku...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Doa Mohon ditetapkan Iman.

"Wahai Tuhanku, janganlah Engkau membalik-balikkan hatiku setelah Engkau memberi petunjuk kepdaku dan kurniakanlah rahmatMu, sesungguhnya Engkau Yang Maha Pemberi"

Doa Memohon Kecintaan Allah.

"Ya Allah, aku mohon CINTAMU dan cinta orang yang mencintaiMu, amal yang membawa aku kepada CINTAMU; Ya Allah, jadikanlah mencintaiMu lebih aku sukai dari mencintai diriku, keluargaku dan air yang sejuk.

*saya sememangnya TERUK!


No comments: