Home

Sunday, July 11, 2010

Israk Makraj & KRU 10

Salam..
Di sini ingin saya kongsikan iklan mengenai solat sempena Israk Mikraj.
Semoga kita mendapat manfaat dan terus memperbaiki solat kita supaya diterima oleh Allah.








KRU 10







Dikesempatan ini, Saya ingin berterima kasih kepada semua guru-guru, fasilitator yang telah bertungkus lumus menganjurkan KRU 10 (Kem Remaja Unggul).
Semoga kalian mendapat redha Allah.

Harapan kalian untuk melahirkan insan yang bisa mengamalkan ibadah harian khusunya solat diharap tercapai.
Melalui KRU 10, saya lihat terdapat beberapa perubahan positif dalam diri ini.
Bukanlah untuk membangga diri cuma ingin berkongsi dengan semua.
Sewaktu Cikgu Ina mengkhabarkan mengenai KRU 10, saya amat teruja untuk menyertainya. Setelah 3 tahun tidak menyertai sebarang kem yang berunsur kerohanian membuatkan hati saya dahaga.
Dahaga dengan sesuatu program yang mendekatkan diri denganNya. Namun, ada juga pelajar yang memberi respon yang negatif terhadap KRU 10.

"Malaslah."

"Cikgu-cikgu seakan memaksa kita,"

"Kalau tak pergi tak boleh ke."

"Alah...Tak leh tengok bola."

"Susahlah duduk asrama. Nanti tak biasa."

Ya Allah... Apabila saya mendengar rungutan demi rungutan, hati saya amat hiba. Mengapa mereka tidak bersyukur KRU 10 diadakan? Ramai yang hadir secara terpaksa. Saya hanya berdoa supaya mereka nampak apa yang mahu Allah berikan. Salah seorang rakan saya juga merungut kerana hari pertama di KRU 10 dia datang bulan. Bukan tujuan saya untuk memalukannya tetapi mahu memberi pengajaran kepada anda semua. Kami hampir bertelagah. Namun saya menasihatinya.

"Allah akan permudahkan. Awak kena yakin je. Awak betulkan niat awak. Ya Allah, aku pergi KRU 10 ni keranaMu,"

"Awak tak faham. 1st day susah nanti. Kem mestilah program banyak. Susah,"

"Awak, yakinlah dengan Allah. Kalau awak betul-betul nak pergi Allah akan tolong. Mungkin Allah akan kurangkan period awak ke.. Allah delaykan ke... Kita mana tahukan.."

"Hmmm..Oklah. Petang ni saya nak ajak mak saya pergi beli barang,"

Alhamdulillah..... :)

Jumaat 2 Julai 2010

Hari pertama tidak banyak program yang dijalankan. Pelajar perempuan tinggal di asrama dan lelaki tinggal di surau. Dorm saya kesemuanya pelajar Form 3. Malam itu saya tidak bisa tidur disebabkan terlalu bising. Semua sahabat-sahabat saya excited kerana dapat tidur bersama yang lain. Malahan ini kali pertama dapat menginap di asrama. Beberapa kumpulan telah dibentuk. Saya berada di kumpulan 9(Wardah Syaukah) dan diamanahkan menjadi ketua kumpulan.


Ahli Kumpulan 9 (Wardah Syaukah):

  1. Fazira
  2. Aishah
  3. Intan
  4. Wani
  5. Kak Feeza
  6. Kak Raihan
  7. Saya

Sabtu 3 Julai 2010

Pukul 4 pagi saya dan kawan-kawan yang lain bangun untuk qiamullail. Doa yang dibacakan Ustaz Fairuz telah membuatkan para peserta menitiskan air mata keinsafan. Kemudian tazkirah oleh Ust Fairuz yang menceritakan mengenai remaja Palestin. Air mata saya tumpah. Terkenang diri yang tidak bersyukur dengan kehidupan yang aman ini.


Sahabat yang merungut mengenai periodnya berkata:

" 'Atiya awak betul. Allah dah permudahkan urusan saya."

Saya senyum padanya. "Itulah..Apa-apa pun awak kena yakin.

Alhamdulillah... Keyakinan saya terhadap Allah juga bertambah kuat.

Selepas Isyak, Ust Izat telah menyampai ceramah iaitu 'Dari Kekasih Untuk Kekasih'. Bermaksud dari Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya (SOLAT).
Banyak perkara yang dibincangkan mengenai solat. Selama ini banyak kesalahan yang telah saya lakukan ketika solat. Alhamdulillah. Saya telah cuba memperbaikinya.

Para perserta juga dikejutkan dengan kehadiran fasi. Kami tidak tahu menahu mengenai
kehadiran fasi dari UM, UIA dll.Kak Huda telah memilih kumpulan saya. Dia baik sangat. Walaupun waktu bersamanya singkat namun kami tetap menghargainya. SYUKRAN KAK HUDA!!
Malamnya, terdapat sesi muhasabah diri. Kata Ust Fairuz, sekolah telah banjir dengan air mata. Nasyid Cinta Agung & Asma ulhusna ESQ lebih membuatkan para peserta teresak-esak mengenangkan dosa silam.

Ahad 4 Julai 2010

Explorace! Best! Walaupun tidak menang namun saya amat gembira. Saya juga belajar cara mengambil wuduk menggunakan 2 botol air mineral dan berkongsi 7 orang tetapi airnya masih berbaki. Maksudnya, kita sangat membazir apabila berwuduk selama ini. Kita akan buka air paip sekuat-kuatnya. Jadi selepas ini buka perlahan sahaja supaya tidak membazir ya.

Kemudian kursus pengurusan jenazah oleh Ustzh Hasidah. Memang peserta excited nak belajar. Semua mengerumuni Ustzh Hasidah. Kami didedahkan dari mayat baru meninggal dunia sehingga dikafankan.

Penutup....

Penyampaian hadiah. Remaja Terunggul Muslimah : Kak Aminah Ong. Tahniah akak.. Yang Lelaki tak ingat namanya. Kemudian sampai masa yang ditunggu-tunggu semua. Kumpulan Paling Terunggul akan diumumkan. Saya memang tak harap apa-apa pada masa itu.

"Dan kumpulan Paling Terunggul...."

"Kumpulan 9!"

Subhanallah. Saya terkejut sangat. Betul ke?? Saya tanya Fazira. "Kumpulan kita ke??"
Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat. Kami semua tak sangka langsung. kami sedih jugak sebab tak dapat berkongsi kegembiraan dengan Kak Huda. Kami titipkan surat buatnya. Terima kasih juga saya ucapkan kpd semua kump 9. Kerjasama korang sgt2 dihargai..

Masa majlis dah tamat semua orang bergambar. Dengan fasi..dengan ust n ustzh... Saya jumpa semua fasi, ust n ustzh... Salam n ucap TQ.. Saya menangis. Syukur, sedih, gembira... Ya Allah terima kasih.

Minggu berikutnya...

"Boleh tak rewind balik masa KRU 10 hari tu."

"Bestnye KRU 10.."

"Siapa tak pergi hari tu memang rugi sangat"

Suara-suara ini boleh didengar pada minggu tersebut. Ya Allah.. Saya bersyukur sangat sebab Sahabat-sahabat memberikan komen yg positif terhadap KRU 10. Tak ada lagi rungutan. Tak ada lagi kritikan.

"Ust, buatla lagi,"

"Ustzh, bila nak buat KRU 11??"

KRU 10 Satu Tranformasi

Seorang sahabat saya betul-betul mahu berubah setelah menyertai KRu 10. Dia ingin menjadi seorang muslimah yang Unggul. Alhamdulillah.

"Atiya, ada buku untuk dekatkan diri kita dengan Allah tak?? Nak pinjam.."

"Atiya, saya nak pakai tudung depan sepupu saya. Tapi nanti saudara mara lain akan tanya ini..tanya itu. Macam mana ni?"

Saya amat bersyukur dengan perubahan ini. Saya menasihatinya supaya lebih kuat. Selagi kita nak berubah selagi itulah Allah akan menguji iman kita.

Buat Sahabat....
Allah sering mengingatkan kita dengan 'melontarkan' batu-batu kecil. Tetapi jika peringatan itu diabaikan, Allah mula 'melontarkan' dengan batu-batu besar. Oleh itu jangan tunggu dihempap gunung untuk kita mula berubah.

Ya Allah, Kau berilah kekuatan kepada sahabatku untuk melangkah ke arah yang lebih baik.Semoga Allah merahmatimu Nadiah....Amin..

Sekadar perkongsian

Semoga Allah redha dengan kita semua. Tulisan ini sekadar luahan rasa seorang hambaNya. Andai ada salah silap saya mohon maaf. Sesungguhnya yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu kelemahan saya sendiri...

Wassalam...


Saturday, June 26, 2010

Cerpen: Tautan Ukhuwah

Ya Allah kau selamatkanlah sahabatku. Ya Rabb kau berilah dia peluang untuk meneruskan kehidupan di bumiMu ini.

Aku bingkas bangun. Tidak betah lagi dengan ujian ini. Air mata terus menerus mengalir. Sudah kupujuk diri ini agar tidak menangisi apa yang berlaku namun aku tidak mampu menghentikan air mataku. Pasti semuanya akan menunding jari terhadapku. Tetapi itu bukanlah yang menjadi masalah utama. Apa yang ku inginkan hanyalah sahabatku. Semua orang yang aku sayangi sudah meninggalkanku. Aku hanya punya Afra. Adakah dia juga mahu meninggalkanku.

Kakiku longlai melangkah ke surau hospital. Rukun Islam kedua itu segera ku tunaikan. Teringat kali pertama dia membimbingku untuk mengerjakan ibadah ini.Ketenangan menyelinap ke seluruh lubuk sanubari. Terasa dekat dengan Khalik.Benarlah sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud;

Riwayat imam Muslim bahwa dari Abu Hurairah ra, menyatakan bahwa Rasulullah bersabda, yang artinya ,” Seorang hamba sangat dekat dengan Tuhan-nya saat ia sujud. Karena itu perbanyaklah berdoa saati itu ,”

Seusai solat aku sengaja berlama di tikar sejadah. Intropeksi diri. Air mata mengalir laju. Terkenang dosa-dosa lampau yang pernah dilakukan. Mungkinkah ini kifarah dosaku.
Ya Allah, usah bebankanku dengan bebanan yang tak mampu untuk ku menanggungnya.
Tabahkanlah aku dengan ujian ini. Jika sudah tiba waktu Afra untuk meninggalkanku, Kau tempatkanlah sahabatku di kalangan insan-insan yang bertaqwa.

"Akak....jangan tinggalkan saya."

****************

"Assalamualaikum. Saya Afra.Awak baru ye kat sini? Kelas mana? Mari saya tunjukkan," Afra cuba bermesra denganku. Pelajar lain semuanya takut untuk mendekatiku disebabkan wajahku yang masam dan garang. Memandangkan semua pelajar sudah memasuki kelas jadi terpaksa aku menerima pelawaan Afra.

Aku berjalan mendudu dengan Afra. "Nama apa? Sebelum ni sekolah mana?" pertanyaan Afra menyakitkan gegendang telingaku. Sibuk betul jaga tepi kain orang pengawas ni. Dahlah pakai tudung labuh macam ustazah. "Nama aku Anati. Sebelum ni sekolah kat Melaka. Pindah sini tanpa kerelaan hati dan....." Mataku tajam menikam mata bundar Afra.

"Aku benci sekolah ni!" tubuh Afra sedikit terkebelakang namun wajahnya tetap tenang. "Kenapa awak benci? Tak sampai satu hari kat sini. Takkan dah benci. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Akak yakin bila dah lama-lama kat sini mesti awak seronok," Afra selamba menjawab. Tidak takutkah dia dengan perwatakanku yang tomboi ini? Kalau orang lain pasti tak mahu dekat denganku. "Apa-apa jelah. Malas nak layan kau. Mana kelas aku? Jauh lagi ke?" Kakiku sudah lenguh melangkah tetapi masih belum tiba.

"Kelas awak yang hujung tu. 4 Harapan. Kalau ada apa-apa bagitahu je akak. Kelas saya sebelah perpustakaan je.5 Intelek. Okla. Assalamualaikum." Sebaik sahaja Afra meminta diri aku terus melangkah ke kelasku. Aku sedikit gementar untuk melangkah. Sudah aku jangkakan. Aku menerima respon negatif daripada rakan sekelas baruku. Masing-masing berbisik sesama sendiri.Ada juga suara sumbang yang mendidihkan emosiku.

"Weh Man, muka je lawa. Ada cita-cita nak jadi macam kita rupanya! Haha.."

Seluruh kelas gamat dengan dekahan ketawa. Aku seperti biasa hanya memekakkan pendengaranku. Hari pertama di sekolah hari ini sangatlah bosan dan menjengkelkan.

******************

Sudah lebih sebulan aku menjalani kehidupan di Kuala Lumpur. Belum ada tanda-tanda aku menyukai tempat ini. Jiran-jiran yang sombong. Tidak langsung bertegur sapa.Kecuali Afra. Aku terkejut saat mengetahui dia jiranku.Perasaan benci semakin memuncak. Ini semua kerana ayah. Kalau bukan kerana ayah, aku, mak dan adik takkan menjejakkan kaki ke sini.

"Kak, Mak mana? Dah pergi kerja ke?" Aku tersentak. Hampir luruh jantungku. Dada ku urut perlahan. "Kau ni buat akak terkejut je. Cuba la bagi salam. Mak baru je keluar. Ha. Mandi pastu makan roti ni." Azhar menuju ke meja makan. "Yey! Yey! Roti kaya!" Azhar melonjak girang. Entah apa yang istimewa tentang roti bersama jem kaya.

Hari minggu begini aku gunakan untuk membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran. Azhar pula hanya menonton televisyen memandangkan usianya baru mencecah 6 tahun.
Aku paling malas membuat kerja rumah subjek Pendidikan Islam. Bosan! Aku pernah didenda berdiri sepanjang pembelajaran dijalankan kerana gagal menyiapkan kerja yang diberikan. Lebih memalukan, aku harus berdiri sambil memegang tong sampah. Argh! Sepanjang minggu aku digelar 'minah tong sampah'. Semenjak kejadian itu aku akan menyiapkan tugas yang diberikan. Azrai yang selalu menjadi mangsaku. Kesemua jawapan akan kuminta darinya.

Tok!Tok!

"Har, buka pintu jap. Ada orang datang tu." Azhar hanya menurut. "Siapa Har?" Aku bergerak ke pintu utama. Siapa pula yang datang ni? "Assalamualaikum, Anati" Dia memberi salam. Sopan dengan senyuman terukir di bibir. "Nak apa?" Aku menyoal kasar. Bukannya apa, aku pelik melihat sikapnya yang tidak serik-serik mendekatiku. Walau seburuk mana pun layananku terhadapnya, dia tetap akan cuba mendekatiku. Kenapalah ditakdirkan dia jiran aku? Apa istimewanya aku sampai dia tak ada rasa putus asa untuk berkawan dengan aku?

"Akak cuma nak ajak Anati ke surau malam ni. Ada ceramah. Ustazah Asni yang dijemput. Seronok tau. Tajuknya 'Online dengan Tuhan'. Jomla Anati." Bersungguh-sungguh dia ni. Aku menari nafas dalam. "Afra, kau ni kan....Ish...Tak faham aku dengan kau ni. Ajak orang lain tak boleh ke? Aku banyak kerja la. Dahla. Pergi balik!" Pintu terus kuhempas. Aku tahu Afra pasti kecewa. Aku ketawa kecil di sebalik pintu. Padan muka!

*****************

Selepas Isyak...


Mak dan Azhar masih belum pulang. Kata Mak, mahu keluar sebentar sahaja. Siap salam lagi. Lepas tu cium aku macam nak pergi setahun. Aku sudah mula bosan. Mahu saja aku keluar melepak bersama Kamil dan Hamdan di warung Pak Harun di simpang jalan. Tetapi Mak sudah pesan agar menunggunya pulang.

"Anati! Buka pintu!" Aku terkejut. Pintu segera ku buka. Kelihatan Kamil dan Hamdan dimuka pintu. Cemas. "Kenapa wei?" Aku semakin suspen. "Mak dengan adik kau! Eksiden! Meninggal kat tempat kejadian.

Aku rebah. Gelap.

******************

Aku hanya mampu melihat jenazah Mak dimandikan. Tangisan tidak mampu lagi kubendung. Sewaktu jenazah Azhar dan Mak dikebumikan aku tidak sedarkan diri. Hanya Mak dan Azhar yang aku ada. Mereka juga meninggalkan aku. Aku tersedar. Afra berada di sampingku. Air mata tumpah lagi. Afra kupeluk erat. "Anati, sabar ya. Akak tahu awak sedih. Banyakkan berdoa."

"Kenapa Allah ambil diorang daripada aku. Kenapa tak ambil aku je?" Aku menjerit sekuat hati.
"Anati, tak baik cakap macam tu. Allah buat macam tu ada hikmahnya. Anati kena terima. Anati ingat tak hadis nabi;

“Apabila seseorang anak Adam mati maka terputuslah amalannya melainkan dari tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya atau anak
soleh yang mendoakannya” [Hadith Riwayat Muslim no. 1631]


"Jadi Anati kena berdoa banyak-banyak. Baca surah Yaasin supaya Mak Anati aman di sana. " Hadis yang dibacakan Afra membuatkan aku terdiam. Benarkah begitu? Cukup solehkah aku untuk Allah memakbulkan doaku? "Afra, aku bukan anak yang soleh. Macam mana Allah nak terima doa aku?" Afra tenang mendengar soalanku. "Aku tak tahu solat. Aku tak pernah puasa. Aku tak tahu baca Quran."

"Anati, semua orang boleh berubah. Awak pun. Ubahlah diri. Tekadkan azam untuk berubah menjadi muslim yang soleh.Akak boleh bantu awak. Dengan syarat awak kena kuat untuk hadapi semua ni. Janji pada akak yang awak takkan sedih lagi," Aku hanya mengangguk perlahan. Mak! Anati nak berubah. Nak doakan Mak. Anati nak Mak masuk syurga. Aku menguatkan tekad. Ya Allah, bantulah aku.

**************

Sejak pemergian Mak, aku tinggal bersama keluarga Afra. Mereka begitu mengambil berat terhadapku. Keluarga Afra hidup serba sederhana. Mereka mengamalkan gaya hidup Islam dengan istiqomah. Ibu bapa Afra menyediakan segala keperluanku. Mereka melayanku seperti anak mereka sendiri.Aku terharu dengan layanan mereka.

Setiap hari Afra akan mengajarku mengenai Islam. Selepas pulang sekolah, Afra akan mengajarku feqah. Malam pula dia akan menjadi guru mengajiku. Pada mulanya dia mengeluarkan Al-Quran. Aku tidak kenal walaupun satu huruf. Hanya tuduk memandang lantai. Afra memahami tingkahku. "Tak apa. Esok akak pergi beli Iqra ya. Anati jangan rasa malu. Anati mesti rasa syukur sebab Allah pilih Anati untuk berubah." Perasaan malu tidak lagi wujud dalam diriku. Aku semakin bersemangat untuk mempelajari ilmu ini.

Solat. Aku tidak pernah bersolat. Arwah Mak tidak pernah mengajarku. Apatah lagi mengerjakannya. Ya Allah, ampunilah kami. Afra tidak berputus asa mengajarku bersolat. Bermula Takbiratul ihram sehingga salam. Kadang-kadang ibu Afra juga mengajarku. Aku amat bersyukur dengan segala anugerah ini.

"Anati! Afra..." kelihatan ibu Afra di muka pintu surau. Cemas. Aku terus berlari ke bilik Afra ditempatkan. Telekung tidak kutanggalkan. Afra dikerumuni ahl keluarganya. Aku mendapatkan Afra. Air mataku gugur lagi. Sayu melihat keadaan Afra yang semakin parah. Penyakit barah otak yang lambat dikesan menyebabkan peluang untuk Afra hidup semakin menipis. Afra kelihatan kurus.

"Anati, maafkan segala salah silap akak ya." Afra bersuara lemah. "Akak, jangan cakap macam tu. Akak tak pernah buat salah pada saya. Rehat ya." Hanya itu yang mampu aku katakan. Dada Afra kelihatan turun naik. Aku kaget.

"Panggil doktor!" jeritanku bergema di seluruh kamar itu.

******************


"Hah! Termenung apa tu?" Lamunanku terhenti oleh sapaan Afra. "Hmm..Teringatkan Mak dengan Azhar la kak," Kanak-kanak yang berlari-lari di taman permainan lebih membuatkan aku rindu kepada Azhar. Ketawanya, tangisannya..Afra duduk di sampingku. Pandangannya juga tertumpah kepada kanak-kanak tersebut. Aku kini lebih selesa memanggilnya kakak.Tambahan pula dia lebih tua daripadaku.

"Akak, sekarang saya dapat fikir hikmah semua yang Allah tetapkan. Kalau Allah tak ambil Mak daripada saya, mungkin saya tak dapat berubah macam ni. Mungkin saya tak tahu solat, mengaji, puasa sampai sekarang. Akak dah membuatkan hidup saya berubah. Berubah ke arah yang lebih baik. Terima kasih akak," Aku memeluk erat Afra. Pelukan kuleraikan. Air mata yang tumpah kukesat dengan hujung tudungku.

"Sudahlah. Jangan menangis. Semua tu ketentuan Allah. Anati kena bersyukur pada Allah. Tambah lagi dengan ibadah-ibadah sunat ya. Ingat, bukan Allah sahaja yang sayangkan awak. Akak pun sayangkan awak. Sayang sangat-sangat." Aku terharu dengan kata-kata itu. Ikhlas. Hanya itu yang mampu aku katakan.

Mentari sudah malu memancarkan sinarnya. Kami beriringan melangkah untuk pulang ke rumah. Langkah Afra semakin kebelakang. Aku terus berjalan tanpa menghiraukannya.

"Akak, cantikkan bunga tu."

Sepi.

"Akak.."

Tiada jawapan. Aku segera menoleh.

"Ya Allah! Akak, bangun..."

Peristiwa lima tahun lalu kembali melintasi memori. Afra dikejarkan ke hospital berdekatan. Dia disahkan mengidap barah otak. Saat itu aku rasakan Afra akan meninggalkanku. Aku menangis sepanjang solat malamku. Memohon agar Afra sembuh dari penyakit yang dihidapinya.

Kedengaran kompang dipalu dari luar rumah menandakan ketibaan pengantin. Aku membetulkan tudung yang sedikit senget. "Akak, berdebar rasanya," Aku bersuara. "Eh? Siapa yang nak kahwin ni? Akak ke awak?" Afra tampak berseri dengan baju pengantin ungu lembut. Dipadankan dengan tudung labuh senada. Baju pengantin yang tidak terlalu ketat menampakkan lagi keanggunannya.

"Akakla. Takkan saya kot. Kalau nak kasi saya dulu pun boleh," Aku sekadar bergurau. Cubitan Afra singgah di perutku. Aku terjerit kecil. Aku gembira melihat Afra bahagia.

Alhamdulillah. Doaku dimakbulkan. Afra kini bisa menjalani hidup dengan tenang. Dia sudah sembuh sepenuhnya dari penyakit barah otaknya. Aku pula sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di utara semenanjung Malaysia. Harapanku agar Allah menguatkan diriku untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang. InsyaAllah.....

Tautan ukhuwah antara kami telah mentranformasi diriku. Aku kini bukan lagi seorang yang digelar tomboi. Tetapi aku kini bergelar muslimah. Muslimah yang tetap tabah menghadapi ujian....

Apabila Allah s.w.t melontarkan ujian, jarang sekali kita membuka mata hati untuk memahami kenapa ia terjadi. Kita terlalu cepat menyalahkan dan terlalu mudah hilang arah. Ia bukan sesuatu yang mudah. Memang benar. Hanya dengan keyakinan dan iman yang teguh barulah kita tetap teguh berdiri saat kita benar-benar teruji oleh Ilahi...

Sunday, June 13, 2010

Majlis Ihtifal IQKL 2010




Salam..
Pada 12 Jun yang lepas Institut Quran KL telah mengadakan Majlis Ihtifal 2010.
Abang saya Muhammaf Fathi telah mendapat anugerah kerana berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Beliau telah mengambil masa 4 tahun 4 bulan 4 hari...
Diharap beliau dapat mengamalkan Al-Quran dengan sebaik-baiknya..
InsyaAllah...




Friday, June 04, 2010

Kekejaman Israel


Assalamualaikum Sahabat Semua....


Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi: Mesir


Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.


Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...


"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.


Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine …


Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!!


Memang sekutu kuat Amerika and Israel .


(Eee…tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)


Gaza ( Palestine )


Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!


Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza !


Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).


Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.


Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..


Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim….)


Beautiful country, iklim Mediterranean .boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..


Hamas


Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime.


Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!


Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel …punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.


Hamas ada 25,000 org...tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!


Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.


Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga..


Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.


Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..


Israel


Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.


Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.


Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.


Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...


Rakyat Palestine


Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.


Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!


Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.


Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!


Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.


Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza ...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.


Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...
SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel .


So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..


Wasalam.


Sumber: email

Sunday, May 16, 2010

Salam..
SElamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia.
Syukran 2 all cgu2:

  • Tadika Islam BBSP
  • SK Seri Saujana
  • SRA Kasyful Ulum
  • SMK Seri Saujana
yg dah byk bagi tunjuk ajar n mnyokong sy dlm byk perkara. tnpa cgu2 siapala saya.
dan kpd GURU yg PALING SANGAT TERBAIK, Mak sy.Pn Rosnani Hasan.



Lilin Seorang GURU-Inteam


Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Friday, April 23, 2010

Dunia Yang Lebih Indah (Firdaus)

Menjadi fitrah manusia hidup di dunia
Perlu sesama, begitu adanya
Pabila duka mengusik indahnya suka
Dan seharusnya bangkitlah di jiwa

Rasa peduli menolong sesama
Bukan hanya bicara, tindakan yang utama

Di sini kita dengan segala yang dipunya
Semuanya fana, titipan semata
Lihat mereka saudara kita di sana
Dalam nestapa, di manakah cinta?

Rasa peduli menolong sesama
Bukan hanya bicara, tindakan yang utama

Cuba rasakan setiap tangisan
Tak berhenti berharap akan huluran tangan
Memberi cinta dan harapan
Bersama kita melangkahkan kaki
Menuju dunia yang lebih indah

Pernahkah kita bayangkan jadi mereka
Belum tentu kan mampu, cuba sedari
Tanya diri sendiri
Apakah ada simpati

Saturday, April 10, 2010

Apabila Roh Keluar Daripada Jasad

APABILA roh keluar daripada jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya, kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan, sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh daripada tubuh".


Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh". Selepas dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengkafan kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai hari kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan: "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka.


“Sesungguhnya pada hari ini aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.” Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikanaku.


"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku."

Monday, March 29, 2010

PBAKL 2010 (aGaiN) :)

Salam..
Hari Ahad (28/3), saya ditemani Fazira sekali lagi pi Pesta Buku..
Alhamdulillah, saya dah dapatkan Sinergi (Hilal Asyraf).
Mula-mula cari booth Galeri Ilmu tak jumpa.
Masa dekat2 nak balik baru jumpa.
Pastu ada pelancaran novel Cinta Sufi and 9 Nyawa.
Fazira yang memang minat dengan penulis novel tu, so dia pon beli..
tapi dia tak sempat nak minta tandatangan..
Sorry Fazira!
Saya belikan Langit Ilahi (juga Hilal Asyraf penulisnya) untuk mak.
Pastu beli buku latihan P.Islam n KH n Iluvislam pny paper..
Harap2 tahun depan dapat pergi lagi..
InsyaAllah..

Saturday, March 27, 2010

Award From Kak Zana : )


Salam..
Firstly, terima kasih Kak Zana sebab bagi award kat saya.



Ada beberapa perkara yang korang perlu buat bila dapat award ni...

1- Ucapkan TeRiMa KasIh kepada yang bagi award nih.
2-Pass award ni kepada 20 orang yang anda rasa ingin bagi award ni.
3-Akhir sekali, inform kepada yang kena tag.

Saturday, March 20, 2010

PBAKL 2010

Salam..
Alhamdulillah..semalam sy berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa KL bersama-sama 3 orang adik saya. (man, pinie n anas)..:puteh_2:
Sempat membeli beberapa buah buku.
Rasa macam nak pergi lagi sebab ada buku yang tak dapat nak beli...
harap2 dpt pergi lg..

:puteh_21:
memang best dpt shopping buku tp man asyik ajak balik je sbb penat.
last2 balik la sbb blm solat zohor ag...
:puteh_23:
Buku-buku yg sempat dirembat...hehe
pinie, man n kak ain maisarah...
*tiada dlm gmbr- me n anas ^.^
anas, man with IN TEAM ^.^

Buku2 yg xdpt dibeli.. sedih3....@upin01



Tuesday, January 26, 2010

Udang Oh Udang

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Exam intervensi 1 baru je abeh hari ni. Skarang ni kejenye tggu results je.
Hepi birthday buat my fren Fazira(26 Jan) n sesiapa pun yang mnyambut hari jadinya pada bulan ini.
Semoga kalian dipanjangkan umur n murah rezeki.
Erm..byk benda yang jadi sepanjang minggu exam..


  • Yang paling tak tahan skali bile exam sains....ade soalan pasal classification. die nak kite namekan haiwan n klaskan samada vetebrates or invetebrates..
  • then, sy pon tgkla gambar haiwan2 2..ketam, patrick starfish, goldfish
  • sampai je kat gamba udang otak jd blank...punye la perah otak..
  • "UDANG DLM BHS INGGERIS APE????!!!!!!"
  • ps2 sy tggalkan soalan 2 n wat soalan len..bile yg len da siap sy pon pegila kat soalan UDANG tu balik..
  • pikir punya pikir tak dapat gak....mulut tak henti2 selawat.dlm hati doa je bg Allah tlg..
  • last skali abeh ms n tggal je..lepas cgu kutip kertas sy tny ayuni...
  • "UDANG DLM BHS INGGERIS APE?"
  • "PRAWN LA"
  • mase tu rase cam nak gigit org je...
moral of the story: UDANG IN ENGLISH IS PRAWN....

Sambal udang adalah antara feberet sy..
(sekadar hiasan)


Monday, December 07, 2009

Aidiladha 09

Assalamualaikum w.b.t

Gmbar wk2 ry Aidiladha..
: )











Monday, November 23, 2009

Happy Birthday Mak

Assalamualaikum w.b.t

Hari nie birthday mak yg ke 42..
moga mak pnjg umur n murah rezki.. :)
Kami sayang mak..






Ruginya kak...
sian hang..
huhu..



Kek ais krim yg sangat sedap..




Semua brebut nak bukak..



Video utk mak..
simple je..
harap mak suka..
:)

Saturday, November 21, 2009

Fenomena...

Assalamualaikum w.b.t
My 1st video..
Enjoy..
Komen ye..


D' Santai



Assalamualaikum w.b.t
Just nak share pic masa mkn kat D' Santai Bkt Jalil..
Mak tak ikut.. Kakak yang bawak..
Kami 1 famly mmg da slalu mkn kat sini..
:)

sempat g amek gmbq..huhu.


Cam sdap ja air kak.
Mai sket..


Anas, mnum pnuh prasaan..heheh


Myra ngan milo ais dia..


Fresh orange Anas..


Gatai idung..



Char kuew teow berasap..
baru sampai..

Sunday, November 15, 2009

Mimpi Yang Indah- Mestica



Telah ku lalui jalan berduri

Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

Mengejar impian
Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Friday, November 06, 2009

~mELaKa~ 311009

Assalamualaikum w.b.t.

Just nak kongsikan photo2 yang sempat diambil masa bercuti kat Melaka...
: )
Harap korang suka...





tukang tengok ja..



pinie, kak n abah

Baru lepas lemas...sian...



makan time...



abah n mak..



man, pinie n kak chik(me)