Home

Friday, December 07, 2012

Apa Nak Buat Lepas SPM?

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasanya blog ni dibiarkan bersawang tanpa post baru. Saya bukanlah sengaja tapi ingin tumpukan sepenuh perhatian kepada SPM tahun ni. Alhamdulillah semua paper dah tamat pada 5 Disember yang lepas. Memang rasa lega sangat lepas lebih kurang 11 bulan bergelumang dengan buku, exam, kelas tambahan, program motivasi dan lain-lain. 

Pasti ramai di antara sahabat-sahabat yang merancang pelbagai aktiviti untuk dilakukan selepas SPM ini. Malah ada yang merancang sebelum menduduki peperiksaan SPM lagi. Semua sahabat pasti teruja untuk meneruskan perancangan masing-masing.

Namun kita seharusnya ingat. Apakah perancangan kita itu Allah redha? Perkara ini harus dititikberatkan. Redha Allah adalah perkara yang seharusnya menjadi prioriti kita sebagai seorang muslim dan mukmin bukanlah kehendak nafsu kita.