Salam..
Apa yang ingin saya sampaikan ini sangat penting bagi seluruh umat Islam.
Penghinaan terhadap agama Islam ini tidak boleh dipandang remeh. Saya amat terkejut apabila membaca post di sini. Sebelum ini memang ibu saya menceritakan mengenai LEGOland yang dibina tetapi tidak pernah melihat permainan yang dikeluarkan untuk menghina Nabi Muhammad S.A.W.
**************
Masihkah kita ingat bagaimana LEGO jenama permainan telah mengeluarkan menghina kekasih Allah Muhamad SAW? Tertera dengan jelas perkataan “play as if you are prophet Mohammed contains 23 wives including 6 year old Aysha” serta perkataan HALAL disampingnya. Ia suatu penghinaan yang membakar semangat jihad.
Benar bagai di kata “Melayu mudah lupa”, 2 Disember 2009, Menteri Besar Johor dengan megahnya merasmikan majlis pecah tanah tapak pembinaan Legoland Malaysia di Medini, Nusajaya.
Beliau dengan nada bangga menyatakan, ia adalah taman tema Legoland yang pertama di Asia dan Legoland kelima di dunia! Di sini.
Ia adalah satu penghinaan ke atas orang Islam khususnya di negeri ini apatah lagi apabila simbolik Nabi Muhammad SAW dihina sebegitu rupa dan masih ada umat Islam yang ‘lalu’ menerima duit mereka untuk dijadikan asas pembangunan di negeri ini.

Sekitar Januari 2006, negara Islam dikejutkan dengan isu karikator yang menghina Nabi SAW. Pada Februari tahun yang sama, umat Islam seluruh dunia termasuk Malaysia membuat bantahan berhubung penyiaran kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dalam akhbar-akhbar di beberapa negara Eropah.
LEGO pula telah membuat produksi khusus menghina Nabi SAW sekitar awal 2008 dan diedarkan di seluruh dunia.
Sejak daripada itu, LEGO di senarai hitam oleh umat Islam Malaysia yang prihatin dan berkekalan sehingga ke hari ini.
sumber: https://khairulrijal.wordpress.com
2 comment:
Bismillah.
Salamu'alaykum..
syukran ya atas prkongsian..
hm..sblm ni ana ad dpt taw pasai ni..
tp sygnya ana pn ta ingat sumbernya,
jd alhamdulillah..
saling berpesan dalam kebenaran dan kesabaran ya?
masih ramai lagi yang membeli prmainan lego ni sdgkn trlalu byk lg game yg brmnfaat,
org barat.
org kafir.
akan tetap memusuhi dan memerangi Islam.mlalui terangan.
scara rahsia..
dn akn cuba mmbusukkn nama Islam.
mmburukkn Islam..
smg sja kta ta trleka dn jauh dr Kalamullah..
agar peperangan saraf yg dlancarkn oleh pihak kuffar dapat dikalahkan..
Wslm..
betul tu..
masih ramai yg xada kesedaran n tak ambil berat mengenai perkara ni..
Post a Comment